Assalamualaikum semua.
Okay… ini blog post pertama aku untuk tahun 2026. Walaupun Januari dah hampir habis. Orang lain dah masuk post ke-10, aku baru tekan “Publish” yang pertama. Tapi tak apa… better late than never, kan?
Awal tahun ni rasa macam bergerak laju betul. Antara kerja, urusan keluarga, aktiviti komuniti, hal anak-anak, dan tugasan yang datang bertalu-talu… hari-hari rasa baru Isnin, tiba-tiba dah Jumaat. Mata masih di Januari, kalendar dah nak lompat Februari.
Macam biasalah, masuk tahun baru mesti ada azam baru. Ada yang nak lebih sihat, ada yang nak simpan duit, ada yang nak lebih rajin menulis (👀 ya, itu aku). Tahun ni aku cuba ambil pendekatan yang lebih realistik, bukan sekadar senarai resolusi panjang berjela, tapi fokus pada benda kecil yang boleh dibuat secara konsisten:
✔️ Jaga kesihatan
✔️ Luang masa dengan keluarga
✔️ Terus belajar
✔️ Aktif dalam komuniti
✔️ Kurangkan panik bila WhatsApp berbunyi
Blog ni pun sebenarnya satu ruang untuk aku berhenti sekejap dalam kesibukan harian. Catat cerita, simpan pengalaman, kongsi perjalanan hidup, sama ada tentang kerja kat, program masyarakat, kehidupan sebagai ayah, atau sekadar renungan kecil tentang hidup.
Insya-Allah, 2026 ni aku nak cuba lebih konsisten menulis. Tak janji tiap minggu (kita kena realistik), tapi cukup untuk jadikan blog ni hidup dan bukan sekadar laman sunyi yang berhabuk.
Kalau kau pun rasa baru nak mula sesuatu walaupun tahun dah jalan sebulan… jangan stress. Masa terbaik untuk mula ialah hari ini. Januari lambat sikit? Februari pun boleh. Mac pun okay. Yang penting, mula.
Baca juga - Malam Color Block SHQ BASF Petronas Chemical di Swiss-Belhotel Kuantan
Selamat datang 2026. Semoga tahun ni penuh keberkatan, kesihatan yang baik, rezeki yang luas, dan lebih banyak momen bermakna dengan orang tersayang.
Kita jalan slow-slow… tapi konsisten.
Blog pertama tahun ni. Selesai.
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan