Setiap kali Ramadan, ada satu acara yang memang wajib ada kat Masjid An-Nur, Taman Dato’ Rashid Salleh—Program Berbuka Puasa Perdana. Aku sebagai salah seorang AJK masjid, memang dah siap siaga dari awal. Tahun ni program jadi lebih istimewa sebab dibuat bersempena dengan malam Nuzul Quran. Gabungan makanan sedap + suasana Ramadan yang syahdu + ukhuwah sesama jiran = resepi keberkatan yang lengkap.
Persiapan: Dapur Masjid Jadi 'Restoran 5 Bintang'
Seawal jam 10 pagi lagi, aku dan geng AJK dah start sibuk kat dapur masjid. Kalau masuk kawasan dapur, jangan harap boleh keluar tanpa bawa bau bawang dan rempah kari. Aku sendiri ambil tugas membantu tukang masak—kadang-kadang tolong kacau lauk dalam kawah.
Riuh betul dapur masjid. Ada yang sibuk potong bawang sambil mengalirkan air mata keinsafan (atau mungkin sebab bawang tu terlalu power), ada yang jaga kawah gulai dengan penuh fokus, dan ada juga yang kerja bahagian dan macam-macam lagi tugasan yang dilakukan.
Saat Maghrib Menjelang: Momen yang Ditunggu
Bila azan Maghrib berkumandang, semua aktiviti berhenti serta-merta. Aku yang tadi tengah hidang nasi terus duduk bersila. Setiap orang mengambil tamar, meneguk air kosong dulu sebelum menyuap nasi minyak yang dah lama menggoda deria bau.
Suasana waktu berbuka ni memang susah nak digambarkan. Bayangkan, satu dewan masjid penuh dengan jemaah, masing-masing duduk bersila menikmati hidangan bersama. Ada juga yang duduk atas kerusi du bawah kanopi yang disediakan. Aku sempat toleh kiri kanan, tengok wajah-wajah yang tersenyum puas. Ada keluarga yang datang lengkap satu geng, ada pakcik-pakcik yang setia duduk satu kumpulan, dan ada budak-budak kecil yang seronok memilih lauk ayam paling besar.
Lepas Kenyang, Terus Ke Tarawih
Lepas solat Maghrib, jemaah masing-masing mejalankan aktiviti masing-masing. Ada yang second round tengok lauk-lauk berbuka tadi ade lagi ketak, ada juga yang khusyuk mengaji di dalam ruang solat masjid dan tak kurang juga anak-anak yang riuh bermain diluar masjid.
Malam itu, masjid terasa benar-benar hidup. Dari dapur hingga ke ruang solat, setiap sudut penuh dengan keberkatan. Sebagai AJK, aku rasa puas hati tengok semua berjalan lancar. Penat? Memanglah, tapi bila tengok ramai orang gembira dan sama-sama berkongsi nikmat Ramadan, hilang terus rasa letih.
Harapan aku, semoga program berbuka puasa perdana ini terus menjadi tradisi di Masjid An-Nur. Bukan sekadar tentang makanan, tapi tentang kebersamaan. Dan kalau setiap hari boleh berbuka macam ni, aku sanggup datang awal tiap petang untuk kacau gulai! Hahaha. Gurau. Sebulan sekali cukup la.
Enjoy...!!!
Watch on TikTok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan