11.1.21

Cari Tempat Makan Pizza Terbaik di Pulau Pinang

Nak rasa makanan paling sedap di Pulau Pinang masa bercuti ke sana nanti? Bila berada di Pulau Pinang, menu paling dinikmati dan di cari sudah tentulah nasi kandar, pasembor, rojak, cendol dan sebagainya. Tapi, ada juga makanan lain sebenarnya. Baik menu tempatan dalam Malaysia mahupun menu barat, semua ada di Pulau Pinang. Kerana itu, jika tiba-tiba rasa nak makan menu seperti pizza, tak ada masalah. 

Banyak tempat makan pizza terbaik di Pulau Pinang ni. Ada juga kedai pizza melayu yang famous di Penang dan menjadi pilihan hati. Meh nak recommend antara tempat makan di menu pizza di Penang yang tidak mengecewakan. 


Pizza In Penang, Ini Tempatnya!


Tempat menarik di Pulau Pinang akan jadi lebih bermakna dengan menikmati menu makanan yang sedap. Makin seronok jika dapat makan pizza sambil menikmati panorama menarik. Mungkin kerana itu, ada banyak juga makanan viral di Penang. Untuk makan sedap di Penang dengan menu pizza yang pelbagai, ini tempatnya.


#1 - Barista Café & Casa de Pizzeria



“On a scale of 10, I give this restaurant 11 !!! Taste, presentation and super friendly service. Congratulations.” Inilah salah satu maklumbalas pelanggan selepas menikmati pizza di Barista Café & Casa de Pizzeria ini. Lihat pada gambarnya saja sudah dapat memperlihatkan yang menu pizza di sini sangat berbeza dengan menu pizza di tempat lain. 


Restoran ini tidak hanya terkenal di kalangan penduduk tempatan tetapi juga dikalangan pelancong warga asing. Ada dikalangan pelanggan rasa happy bila mana mereka masih boleh dihidangkan dengan menu sarapan pagi waktu ada ketikanya waktu makan sarapan sudah habis. 


Barista yang sedap, mengenyangkan dan dengan harga yang sangat berpatutan. Kopi ais di sana juga dikatakan sangat sedap. Paling seronok apabila kakitangannya kelihatan sangat anggun dan peramah. 


#2 - US Pizza Bayan Lepas 


Bayan Lepas merupakan bandar kedua terbesar di Pulau Pinang dan Bayan Lepas ini, ada Restoran US Pizza yang sangat terkenal dengan menu pizzanya. 



Namanya US Pizza, dah macam nama singkatan kepada United States tetapi hakikatnya US Pizza ini terletak di Bayan Lepas Pulau Pinang. Rangkaian pizza ini menyajikan pizza terbaik di bandar Penang! Pizza telur asinnya sedap dan pizza cheeseboat mereka memuaskan keinginan para cheese lover. 


US Pizza menawarkan persekitaran yang bagus dan staff kakitangannya juga peramah. Ramai pelanggan memberi maklum balas baik dengan mengatakan bahawa pizza di sini sangat sedap dan enak. Antara menu pizza yang sering di pesan oleh pelanggan adalah pizza dengan rasa tom yam dan juga jumbo deluxe. Rasa tomyamnya cukup kuat. Sangat murah hati dengan topping. Persekitarannya juga bagus.


#3 - Dandy Modern Food (Queensbay Mall)



Kafe ini agak baru di QB mall tetapi sudah ramai pergi ke sana sekali dengan rakan-rakan dan keluarga untuk bersantai dan makan-makan. Antara menu yang sering dicuba oleh pelanggan di sini adalah pizza.


Makanan yang sangat baik dan perkhidmatan hebat. Menu yang sangat pelbagai. Suasana yang aman. Tempat duduk yang selesa. Patulah ramai yang menjadikan tempat makan ini sebagai lokasi makan selesa untuk menikmati menu yang best-best bersama rakan dan keluarga. Banyak pilihan untuk dipilih hingga rambang mata dibuatnya.


#4 - Pizza Hut Sungai Dua 


Terletak di Sungai Dua, Pizza Hut merupakan salah satu tempat makanan segera yang menjadi tumpuan pelajar Universiti Sains Malaysia. Ia mempunyai perkhidmatan pantas dan turut menyediakan ruang khas tempat menunggu makanan untuk dibawa pergi.


Walaubagaimanapun, pesanan pizza di sini kadangkala boleh mengambil masa hingga sekitar 30 minit untuk menunggunya. Secara keseluruhan, rasa pizza sedap



Apa susah, buat pesanan dengan menggunakan servis pizza delivery. Antara servis penghantaran menu pizza yang aktif di sekitar Pulau Pinang ini adalah Foodpanda. 


Hanya dengan menggunakan aplikasi Foodpanda yang telah disediakan, pelanggan boleh terus buat pesanan dan pihak rider Foodpanda akan terus menghantarnya pada lokasi alamat yang telah ditetapkan.


Tak perlu nak beratur dan tunggu lama, tak perlu juga susah payah drive sehingga ke lokasi restoran hanya untuk makan. Duduk rehat di rumah pun okay kerana makanan dengan mudah boleh tiba hingga ke depan pintu rumah. 


With Love

Papaglamz


-sekian-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com