7.5.18

Lokasi Food Truck Sekitar Lembah Klang


Demi mencari sesuap nasi, dan menghadapi kehidupan ekonomi yang kian mencabar, pelbagai cara dan jalan diambil untuk kita mencari duit ataupun rezeki. Terbaru, usahawan makanan telah mengetengahksn konsep kedai makan makan bergerak atau lebih popular dipanggil 'Food Truck'.


Perniagaan Food Truck ini dilihat semain hari semakin mendapat perhatian dan permintaan baik dari pelanggan mahupun dari usahawan sendiri yang mahu menjinakkan diri dalam bidang perniagaan ini.
Walaupun sambutan amat menggalakkan, usahawan food truck masih menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan dana untuk mengembangkan perniagaan. Selain itu, masalah lokasi untuk meletak food truck juga antara salah satu cabaran untuk usahawan food truck.

Melihat situasi ini, Kementerian Wilayan Persekutuan mengambil langkah proaktif untuk membantu usahawan-usahawan trak makanan ini untuk berkembang maju. Antara langkah yang diambil ialah kira-kira 1,000 lesen perniagaan kenderaan saji (trak makanan) dikeluarkan akhir tahun 2017 untuk memberi sokongan kepada usahawan trak makanan.


Langkah ini dapat memberi lebih motivasi kepada usahawan trak makanan untuk berusaha mengembangkan perniagaan makanan mereka kerana ada pihak yang sangat menyokong usaha ini. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga dalam usaha perbincangan untuk mengenal pasti lokasi yang lebih strategik dan mempunyai pelbagai kemudahan untuk semua usahawan trak makanan.


Tengku Adnan juga berpandangan bahawa, dengan adanya pembangunan perniagaan berkonsepkan food truck ini insyallah masalah pertumbuhan peniaga-peniaga kecil ditepi jalan dapat dikurangkan sekaligus masalah kemalangan jalan raya yang melibatkan peniaga-peniaga ini dan juga pembeli dapat dikurangkan.

Berikut aku kongsikan 16 food truck skitar Lembah Klang yang menjadi tumpuan orang ramai. Jangan lupa untuk singgah dan mencuba ya!

1. La Famiglia

Lokasi: SS15, Subang Jaya (infront of Espresso Lab)



2. Little Fat Duck

Lokasi: Pasar Moden PBSJ, SS15, Subang Jaya



3. Burger Giler Power

Lokasi: Berdekatan 4 Jalan Bandar 3, Taman Melawati, Melawati,



4. The Laughing Monkey

Lokasi: Menara Millenium (nearby HELP college), Jaya One and Damansara Uptown.



5. Cowboy Food Trucks

Lokasi: SS15, TTDI and Damansara Uptown


6. Babarittos Delight

Lokasi: PV16, along Columbia Hospital road, Setapak


7. Flaming Wheels

Lokasi: Sekitar Lembah Klang. Kebiasaannya berdektan dengan universiti-universiti.



8. Curbside Cantina

Lokasi: 17A Lorong Datuk Sulaiman 7, TTDI (132.73 mi), Kuala Lumpur, Malaysia 60000



9. Negative Celsius

Lokasi: PV128, Setapak


10. The Boys Food


Lokasi: Bank Muamalat, Jalan 6/4, Taman Desa Melawati



Tidak hairan la kini food truck tumbuh seperti cendawan selepas hujan kerana pihak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengambil berat tentang masalah usahawan food truck dan mencari jalan penyelesaian bersama.

With Love
Papaglamz

-sekian-




11 ulasan:

  1. Suka food truck ne banyak menu hipsturr

    BalasPadam
  2. Khaty memang suka menu di food truck sebab ada banyak pilihan. Harga pun berpatutan

    BalasPadam
  3. food truck semua cantik2 .. mesti makanan pun sedap2 ni...

    BalasPadam
  4. Bagus ada berniaga foodtruck ni, macam2 makanan yang boleh di nikmati... Lebih tersusun dari gerai-tepi jalan :)

    BalasPadam
  5. Dah makin meriah Food Truck ni, suka tengok

    BalasPadam
  6. best laa. banyak tempat kt kl boleh try makanan food truck ni..

    BalasPadam
  7. Bestnya food truck...makanan sedap dan murah

    BalasPadam
  8. Peniaga untung, pembeli pun untung

    BalasPadam
  9. baguslah food truck ni bg byk peluang untuk usahawan

    BalasPadam
  10. Trend food truck ni sangat menarik sebab boleh nikmati macam2 jenis makanan on the go ja. :D

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com