14.8.16

Bila Musim Durian Kembali

Assalamualaikum semua. PapaG pasti ramai yang tahu bilakah bermulanya musim durian kan? Penghujung bulan julai ataupun awal bulan ogos setiap tahun sudah pasti ramai yang ternanti-nanti akan kehadiran musim durian ni. Tak kira tua muda semuanya pasti menanti akan kehadiran musim raja segala buah ni. Bila musim durian kembali lagi, macam biasa la PapaG tak melepaskan peluang untuk mencuba sebiji dua. PapaG ni tak la menolak dan tak la hantu makan durian sangat. Bersederhana sahaja. 



Sejak PapaG duduk di Kuantan ni, setiap tahun bila musim durian datang semestinya PapaG akan pergi kesebuah dusun durian yang dekat dengan rumah PapaG ni. Owner dusun ni memang menyediakan durian-durian yang fresh dari dusun dia untuk kesemua pelanggan dia. Lagi best bila beli dan makan di bangsal yang disediakan di dalam dusun tu sendiri. Macam-macam jenis durian yang uncle ni jual. Durian hijau beserah, durian bulat, durian isi tebal dan durian biasa. Harga berlainan mengikut jenis-jenis la. Durian yang popular di dusun ni ialah durian hijau. Uncle ni kata durian hijau ni sama taraf dengan durian musang king. Memang pun. PapaG dah cuba yer. Harga pun boleh tahan. Rasa memang terbaek.


Minggu lepas PapaG dan rakan-rakan tempat kerja makan durian di dusun ni juga. Kiranya dah 2 kali PapaG makan kat sini. First time dengan kawan office, second time dengan family. Masa makan dengan office mate tu saja la bawak mamat-mamat German mat salleh tu rasa buah durian. Mereka ni sangan curious kenapa buah durian ni sangat-sangat macam exclusive dan ramai yang bercakap pasalnya. Sedap sangat ke? Tapikan, kalau dah lidah tu mat salleh, memang tak masuk jugak. Dalam banyak-banyak kitorang beli, ada yang makan secubit saje. Paling banyak makan 2 ulas je. Kiranya tak boleh masuk kat tekak diorang la. Kesian kan? Tak boeh nak menikmati kesedapan sebenar Raja Buah ni. 

Walau apapun, setiap orang ada pendapat dan pandangan berbeza terhadap durian. Ada juga orang Malaysia yang tak suka durian. Macam PapaG kita layan je. Cuma berpada-pada je la. So, enjoy this king of fruit's season untuk semua rakan-rakan PapaG. Musim-musim juga jangan terlalu over pulak bila makan tu. Yang ada penyakit 3 serangkai tu ingat-ingat. Jangan memudaratkan diri sudah lah. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

3 ulasan:

  1. Bestnya dapat makan durian..

    AM nie hantu buah durian kalau musang king or durian kunyit 2 3 biji baru sampai kat mulut je..

    Pernah AM makan durian kunyit 3 biji dan durian biasa 2 biji, wak balik rumah 1 bonet kereta penuh..last2 deman dan alahan pada durian hampir setahun.

    Alhamdulilah tahun nie boleh jadi hantu durian lagi TAPI durian kurang menjadi. Sedihkan..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
  2. tak berapa sangat durian nih tapi makan jer..haha

    BalasPadam
  3. umi kakcik ada kencing manis. lepastu haritu pakcik ada beli durian. umi makan beberapa ulas je hahah sebab nak kontrol kencing manis kan. kakcik bedal je banyak ulas hahahaha.

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com