17.7.16

Warna-warni cerita dari PapaG

Assalamualaikum semua. Korang sihat? Rasa dah lama PapaG tak menulis dalam blog ni. Nak kata busy tak juga. Nak kata tak de masa tak juga. Malas je senanya. Hehehe. Selama ala-ala menyepi ni banyak juga perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian PapaG. Apa tidaknya kan baru je lepas menyambut hari raya kan? For sure macam-macam yang berlaku. 

Ha korang punya raya macam mana? Vogue the vast ke? Meriah ke? PapaG raya tahun ni ala kadar sahaja. Baju raya pun PapaG guna yang tahun lepas punya. Senanya dari awal tahun lagi dapat berita yang PapaG ni macam ala-ala kena kerja masa hari raya. Yela lepas PapaG training gi German temoh hari, bila production nak start kira kat lab tu macam busy dan cuti dibekukan gitu la. Jadi macam dari awal-awal tahun tu dah set kat kepala ni macam nak celebrate raya bebiasa je. Tapi entah kenapa, production kat kilang tak boleh nak start lagi kena tunda sampai bulan 8 ni. So, kami diberi cuti la. Bukan sehari dua ye. SEMINGGU tau. Lamaaaaaa. Tapi tahu pun dah nak dekat-dekat raya. Memang tak la aku nak buat baju kan. PapaG ni jenis tak suka sangat beli baju siap. Menang tiap tahun akan buat. Biasa kalau raya bulan 7, dalam bulan februari tu PapaG dah satle tempah baju kat tailor. Saja buat awal-awal malas nak rushing-rushing nanti. Walau apepun keadaannya, asalkan dapat celebrate raya dengan family semua dah rasa bersyukur dah. Tak kira la baju baru ke, baju lama ke, semua tu tak kisah dah. Jadi, tema raya tahun ni untuk family PapaG is warna-warni. Hehehe.


Hari ni baru syawal yang ke-12 kan, jadi PapaG na ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat pembaca blog Papaglamz.com semua. Tak kira silent reader ke, penjejak tegar blog ke dan sesiapa sahaja yang mengenali PapaG. Semoga hari raya kalian sangat bermakna untuk anda semua. Dengarnya haritu jalan masa raya sangat-sangat jam dan banyak kemalangan. Ucapan takziah dan hadiah al-fatihah buat mereka yang mengalami kecelakaan dijalan raya dan juga yang terkorban. 

Haa korang masih ingat lagi segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz? Alhamdulillah PapaG dah settle pos semua hadiah-hadiah kemenangan. Thank sekali lagi buat semua yang sudi join segmen PapaG yang tak seberapa ni. Dan tahniah buat semua pemenang. Maaf la, PapaG dapat bagi shawl yang EXCLUSIVE tu je. Nak bagi hadiah lain tak mampu. 

Bercakap pasal shawl dan bisnes, alhamdulillah masa baik kampung hari tu banyak helai juga terjual shawl EXCLUSIVE tu. Rasa dah boleh restock ataupun bukak batch baru dengan kain dan design yang baru kan. Insyallah. Korang tunggu tau. Teruskan menyokong produk Papaglamz. Pasti korang puas hati. Tazabar nak kongsi kat korang perjalanan cerita Shawl Exclusive By Papaglamz yang terbaru. Ade testimoni-testimoni terbaru yang Papag nak kongsikan dalam blog juga. Tungguuuu.

Ok la cukup kot entri ni setelah cuti dekat sebulan tanpa entri dalam blog PapaG ni kan? Insyallah PapaG akan merajinkan diri untuk terus menulis dan berkongsi maklumat-maklumat yang PapaG boleh kongsikan pada semua. Tunggu tau. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

  1. Selamat hari raya Aidilfitri Papag semoga lembaran ini memberi makna baru buat Shawl by PapaG hehe

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com