AWAS.. AMARAN BUAT WANITA YANG OBSES PADA KECANTIKAN DAN IBU MENYUSUKAN ANAK

AWAS.. AMARAN BUAT WANITA YANG OBSES PADA KECANTIKAN DAN IBU MENYUSUKAN ANAK

Promosi Shaklee untuk wanita, ibu yang ingin cantik dan menyusukan anak


JANGA ABAIKAN MESSAGE INI

Tunggu.....!!!!

Jika anda wanita yang amat mementingkan PENAMPILAN, KECANTIKAN disamping kekal SIHAT serta IBU YANG MENYUSUKAN ANAK,

Ada sesuatu yang anda perlu tahu dari kami

Nanti......!!!!

Teruskan pembacaan anda. Mungkin dengan pembacaan ini akan mengubah persepsi anda tentang kepentingan pengambilan makanan yang baik lagi menyihatkan. 

Nak tahu...!!!!

Baiklah.. Kami bagi tahu..

Bagi mereka yang mementingkan kecantikan dan penampilan, anda mungkin perlukan beberapa perkara di bawah:

1. Pengambilan Energizing Soy Protein (ESP)
Merupakan protein non-GMO yang pastinya selamat untuk di ambil serta keberkesananya yang di jamin. Sangat bagus untuk mereka yang inginkan KULIT HALUS JELITA dan juga IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN ANAK.

2. Vivix
Ya.. anda tidak boleh MENYEKAT PROSES PENUAAN. Tapi anda BOLEH MELAMBATKANNYA. Dengan Vivix, ia mampu mengekakan khasiat kulit berseri, rambut , kuku dan juga otot yangsihat di samping MENGURANGKAN jeragat dan juga meningkatkan sistem immun tubuh anda. Ini lah TONIX AJAIB dari Shaklee

3. Vitamin-C
Oh Vitamin-C tentunya sudah ramai yang mengatahui akan kebaikanya. Tapi, kelebihan Vitamin-C keluaran Shaklee amat BERBEZA. Ia mampu menjadi sumber Vitamin-C sepanjang masa kerana sifat SUSTAINED RELEASED hasil dari inovasi Shaklee sendiri. Memang TERBAIK...!!!

4. Alfalfa
Kulit anda pastinya tidak boleh mengelak dengan rasa gatal-gatal, kusam, kurang bertenaga, keradangan dan alahan. Dengan Alfalfa, masalah kulit anda pasti dapat di atasi. Dengan formulasi Alfalfa yang tersendiri dari Shaklee, ia umpama RAJA HERBA yang harus di miliki oleh setiap wanita disamping khasiat utamanya untuk mengawal MASALAH DALAMAN WANITA. Satu lagi kahsiatnya ialah untuk MENAMBAH kuantiti susu badan bagi ibu-ibu yang menyusukan anak.
Nah itulah 4 produk utama dari Shaklee yang wajib anda PARA WANITA DAN IBU yang mementingkan kesihatan serta kecantikan.

Tapi TUNGGU....!!!!! 

Teruskan membaca. Ada banyak promis-promosi hebat yang Shaklee tawarkan pada anda bagi menghargai pelanggan setia kami.

4 Perkara yang anda patut grab cepat-cepat bulan ni

1. FREE Vitalea yang berharga RM 90.00 dengan pembelian mana-mana produk yang anda suka dan daftar keahlian.

2. Dapatkan FREE membership dengan pembelian melebihi RM 700 - 800  


3. Pastinya setiap pembelian dengan Papaglamz anda akan mendapat POSTAGE FREE. Biar kami menanggung kos penghantaran barang yang anda ingin kan.

4. Pastinya dengan menjadi ahli, setiap pembelian Shaklee akan memberi mata ganjaran cash pada anda. Terbaik kan? Dapat sihat.. Dapat cuba produk.. Siap dapat cash back lagi. Lagi best kalau sama-sama menjadi agent. Tiap-tiap bulan masyuuukk..!!!

Itulah 4 perkara yang harus anda grab bulan ini. Cukup tak? Tak cukup...??

Nanti..!!! Ada lagi tawaran khas dari Shaklee yang best...

Dengan pembelina set-set kesihatan seperti di bawah, anda berpeluang mendapat pengurangan harga sebanyak 5% dari Shaklee. Di tambah jika anda mendaftar sebagai ahli, anda juga berpeluang menikmati harga ahli untuk semua produk shaklee iaitu 20-25% lebih rendah dari harga asal. Memang berbaloi la.




Ada lagi Papaglamz nak kongsikan pada anda semua.

Tentunya testimoni pelanggan-pelanggan yang telah menggunakan produk-produk dari shaklee






























Nah itulah tadi promosi-promosi mega dari Shaklee untuk anda semua. Jika anda perlukan sebarang maklumat atupun nasihat tentang nutrisi, jangan segan hubungi kami, "RAKAN NUTRISI ANDA"

-sekian-
Kreatif | Membuat Bekas Kuih Raya Kedap Udara dengan Botol ESP yang Terpakai

Kreatif | Membuat Bekas Kuih Raya Kedap Udara dengan Botol ESP yang Terpakai

Kreatif dengan menggunakan bahan terpakai botol ESP


Assalamualaikum

Bagi pelanggan-pelangan Papaglamz yang kerap membeli Energizing Soy Protein (ESP), terima kasih Papaglamz ucapkan. Entri kali ini Papaglamz ingin berkongsi idea kreatif dari rakan-rakan business yang lain dengan menggunakan botol ESP yang telah habis digunakan. Korang jangan buang tau.

Dengan sifat botol ESP yang kedap udara, tentunya korang boleh menggunakannya sebagai BEKAS KUIH RAYA yang cantik untuk di letakkan di atas meja ruang tamu bila syawal menjelma nanti. Sangat mudah nak buat. Bahan-bahan yang diperlukan seperti di bawah:

Botol ESP yang telah kosong
Besen dan air paip
Sticker bercorak mengikut kesukaan anda
Unutuk permulaan, kita buangkan sticker ESP ataupun Cinch yang ada pada botol.
Nak mudah, rendam dalam air beberapa minit, lepas tu baru la siat.

Seterusnya ambil sticker yang anda suka.
Sticker ni anda boleh dapat dekat kedai-kedai peralatan rumah atau DIY.
Koyakkan sticker ni dan tampal di botol ESP tadi.

Haa ni la hasinya.
Mudah kan?
Cantik lagi. Boleh la melawa dengan bekas kuih ESP yang cantik di hari raya nanti
Selamat mencuba.

p/s: Buat anda yang inginkan nasihat nutrisi, boleh lah contact Papaglamz ataupun ibu dhia. Kami tunggu tau.
With Love
Papaglamz

-sekian-
Motivasi | Bila diuji Tanda Allah Sayang Kita

Motivasi | Bila diuji Tanda Allah Sayang Kita


Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Papaglamz doakan agar pembaca semua sihat dan behagia.
Orang yang mudah tersinggung dan cepat marah akan selalu diuji oleh Allah dengan mempertemukan dia dengan orang yang selalu boleh membuatnya marah sehinggalah beliau dapat meningkatkan kesabaran dan mengawal perasaan marahnya" 
TERUSKAN BERSABAR

With Love
Papaglamz

-sekian-
Merasa Aiskrim Pasu Yang Comel

Merasa Aiskrim Pasu Yang Comel

Inovasi Aiskrim Pasu di Malaysia

Assalamualaikum

Papaglamz pasti ramai yang mengatahui tentang aiskrim pasu ni kan? Dan kini aiskrim pasu tengah popular. Sebab apa popular? Sebab ianya sangat unik. Yela, biasanya pasu ni orang gunakan untuk tanam bunga. Ni tempat untuk makan aiskrim pulak. Pelik kan? Tapi ianya benar yer.

Kali pertama Papaglamz dengan perihal aiskrim pasu ni awal tahun ni. First time dengar pelik dan macam tak percaya. Tapi lama-lama Papaglamz rasa ianya benar. Sebab ternampak orang makan. Sebenarnya konsep aikrim pasu ni sama je dengan aiskrim cedok yang lain. Cuma kelainannya hanyalah cara ia di hidangkan. Aiskrim pasu di hidangkan di dalam pasu. Manakala aiskrim cedok yang lain dihidangkan dengan menggunakan biskut kon ataupun cawan.

Bercakap tentang aiskrim pasu, baru-baru ni Papaglamz berkesempatan mencuba aiskrim pasu ni. Kebetulan pasar malam di taman rumah Papaglamz ade jual. Dah terjumpa tu apa lagi. Papaglamz cuba la satu. Memang comel. Siap ade bunga-bunga menunjukkan ianya pasu yang berbunga. Memang cantik la. Kecantikan dan kecomelan tu la yang sebenarnya menjadikan aiskrim ini begitu unik. 
Merasa Aiskrim Pasu Yang Comel

Merasa Aiskrim Pasu Yang Comel

Merasa Aiskrim Pasu Yang Comel
Haa nampak tak? Comel kan aiskrim pasu ni? Korang jangan lupa untuk mencuba tau? Banyak versi tau. Ni versi pasar malam. Ade juga yang versi VVIP kot. Korang cari la kat kedai-kedai exclusive. Mesti diorang bagi pasu bunga dari tanah liat. Abes je makan aiskrim tu, boleh la buat tanam bunga pulak. Sangat berguna dan mesra alam. Mengurangkan pembuangan sampah di persekitaran gitu. Hehehe

With Love
Papaglamz

-sekian-
Motivasi | Damaikan dan Tenangkan Hati dengan BERSYUKUR

Motivasi | Damaikan dan Tenangkan Hati dengan BERSYUKUR

Assalamualaikum

Hari ni Papaglamz ingin berkongsi satu kata-kata hikmah dan motivasi tentang bersyukur


Bersyukur itu rahsia kebahagiaan. Ia mampu MENYEMBUHKAN luka yang tiada ubat. Ia juga mampu MENENANGKAN jiwa walaupun kita keletihan tidak ade rehat. Dan yang lagi best, dengan bersyukur dapat MENDAMAIKAN hati walaupun segala kemahuan kita tidak dapat kita penuhi.

Semoga bermanfaat

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz Berjumpa Dengan Penyanyi Lagu Pada Syurga Di Wajahmu - Nash

Papaglamz Berjumpa Dengan Penyanyi Lagu Pada Syurga Di Wajahmu - Nash

Lirik Lagu Pada Syurga Di Wajahmu - Nash


Assalamualaikum

Siapa tak kenal dengan penyanyi terkenal Nash yang popular dengan lagu Pada Syurga di wajahmu. Papaglamz pasti ramai yang menjadi peminat tegar Nash ni. Nash pada mulanyaber giat aktif dalam dunia seni bermula dengang munculnya kumpulan rock Lefthanded. Korang nak tau, sekitar tahun 1979 ke tahun 80-an, Lefhanded ni merupakan kumpulan rock yang sangat aktif di Malaysia. 

Cukup la sikit-sikit yer. Hehehe. Nak di jadikan cerita, Papaglamz terjumpa dengan Nash ni di Bangi Golf Resort Restaurant (Masih lagi entri mood Review Ramadhan Buffet). Mulanya nak tegur malu. Sebab tak sure betul ke tidak. Ye la, bila tengok orang live ni kekadang lain sikit. Papaglamz memberanikan diri mendekati Nash dan mintak snap gambar. Dengan ramah dan sopannya, Nash kata ok. Haaa ni la gambar Papaglamz, Ibu Dhia dan Nash. Sempat borak kejap jer. Sebab dah malam nak balik.
Lagu Pada Syurga Di Wajahmu - Nash

Ok la. Tu je nak cerita dalam entri ni. Sebelum tu jom layan lirik lagu Pada Syurga Di Wajahmu.

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

With Love
Papaglamz

-sekian
Mini Gathering Blogger dari Exchange Feed Group di Bangi Golf Resort Restaurant

Mini Gathering Blogger dari Exchange Feed Group di Bangi Golf Resort Restaurant

Blogger Gathering, Bangi Golf Resort Restaurant


Assalamualaikum

Kalau nak di kirakan blogger gathering yang first Papaglamz dapat join masa di ECM Kuantan. Tu pun sebab ada event SEMBONIA. Dapat la jumpa blogger yang berada di sekitar Kuantan ni. Sekali pegi event, sekali la kami buat gathering. Tak pernah kenal langsung pun. Nak tau cerita lanjut klik di sini.

Kali yang kedua, Papaglamz join blogger gathering ni kat Bangi Golf Resort (BGR). Masa ni pun ade event jugak. Ramadhan Buffet Review di BGR Restaurant. Kat bangi yer. Gigih tak Papaglamz travel dari Kuantan ke bangi untuk join event ni. Tak pe. Papaglamz nak cri pengalaman. Hehehe

Sebenarnya bukan la gathering sangat pon. Cuma, kami dari Exchange Feed Group sama-sama ke event ni. Tapi tak semua la. 5 orang rasanya yang registered under EFG yang join. For the first time jumpe kot. Sebelum ni dik meriah sembang dalam group wassap dan telegram jer. Siap hang-hang bagai la handset Papaglamz tu. Cuma nak tunggu meletop jer. Hehehe. 

Bila jumpa agak terkejut la jugak. Lebih-lebih dengan si Ewan dari www.wayneharraz.com ni. Seriously, dalam picture nampak lain, bila live lain. Duduk semeja pulak dengan Papaglamz, depan-depan kau Papaglamz tanya kenapa dalam gambar lain. Huhuhu. I iz mencari kepastian. 

Selain Ewan, Papaglamz jumpa PCL dari www.nazlee.com jugak. Haaa PCL ni la PR kitorang untuk event kat bangi ni. Tanpa PCL ni tak merasa la Papaglamz nak join event macam ni dek non. Terima kasih PCL. Kalau ade event lagi, kabo ke kite la yer. Nak join lagi. Meluaskan empayar gitu. Muahaha.

Selain jejaka berdua tu, Papaglamz jumpa dengan si cilik molek Mommy Irra dari www.irrayyan.com jugak tau. Mommy ni la founder Exchange Feed Group merangkap pengetua kami gitu la. Papaglamz jugak terkejut dengan mommy ni. Ye la, selama sembang-sembang dalam wassap dan telegram nampak gambar macam sesedang besar je orangnyer. Tapi bila live, kuuuuuuss semangat. Kecil-cecil cili padi gitu. Nampak macam bebudak lagi. Tapi anak tiga ok. Nak kabo semula ANAK TIGA yer. Apalah rahsia tu. Cube share sikit kat kami ni. Hehehe.

Sebenarnya ade lagi blogger-blogger dari EFG yang join event tu, cuma bukan register bawah Exchange Feed Group la. Contoh Kak Suria Amanda, Kakak Lynda, Yanie dan sebagainya Eh jap, ada lagi sorang blogger yang mewakili EFG. Kak Ami dari www.shamieraosment.com. Haaa ni ade kisah. Tapi sebelum tu, nak mintak maaf bebanyak pada Kak Ami sebab tak tegur Akak time tu. #JunjungKasihPermaisuriAmpunTuanku. Seriously, Papaglamz tak perasan. Padahal Kak Ami pakai je baju rasmi EFG tu. Tapi tak nampak. Yela, Kak Ami pakai tudung labuh ala-ala ustazah gitu. Tak nampak la logo die. Di tambah pulak, Kak Ami macam ade bodyguard. Takut Papaglamz nak tegur. Maaf ye Kak Ami. Nanti-nanti kita jumper yer. Hehehehe. Tapi malam tu dah menang hamper yang sangt besar kan? Ala.. Cincai-cincai la. Kasi kosong sesama kita ni yer. Muahaha.
Mini Gathering Blogger dari Exchange Feed Group di Bangi Golf Resort Restaurant
Geng-geng lelaki dri EFG kat event tu.
Dari kiri PCL, Papaglamz, Ewan, Danish (anak Ewan)

Mini Gathering Blogger dari Exchange Feed Group di Bangi Golf Resort Restaurant
Ni la kami berempat. Sepatutnya ada lagi sorang Kak Ami.
Tapi...........
#JunjungKasihPermaisuriAmpunTuanku
Yang bertudung tu la Mommy Irra merangkap Pengetua EFG.

Mini Gathering Blogger dari Exchange Feed Group di Bangi Golf Resort Restaurant
Haaa ni ala-ala nak lawan siapa paling kecik.
Yang tengah tu Ibu Dhia korang yer. Wife Papaglamz.
Comelkan? 
#Kbai

Mini Gathering Blogger dari Exchange Feed Group di Bangi Golf Resort Restaurant
Beriyenyerrr.
Korang rasa apa yang kami sembang kan?
Ce teka.. Ce teka..
Hehehe

Ok la sampai sini dulu cerita kemerapuan Papaglamz ni. Nanti-nanti sambung lagi dalam entri lain Macam banyak lagi jer cerita-cerita dalam mode Event kat Bangi Golf Resort Restaurant tu. Jangan bosan yer. Hehehe.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Kreatif |Tutorial Membuat Bunga Kertas Crepe atau Tissue Yang Mudah dan Cantik

Kreatif |Tutorial Membuat Bunga Kertas Crepe atau Tissue Yang Mudah dan Cantik

DIY Cara membuat bunga kertas Crepe / Bunga Tisu


Assalamualaikum

To ladies.. Tentu korang suka kan bila bercakap paal bunga-bungaan ni kan? Ok untuk entri kali ini Papaglamz ingin berkongsi cara yang mudah untuk membuat bunga dari kertas crepe / tisu. Bunga-bunga ini boleh la engkorang gunakan buat hiasan ataupun buat bunga telur masa majlis kawen engkorang nanti. 

Papaglamz guna bunga tisu ni msa Papaglamz buat barang hantaran masa bertunang dulu. Gambar tak ade la pulak. Laptop lama kena curi. Beli laptop baru semua gambar kenangan hilang. Gambar kawen pon. Sob sob sob. Ade la sikit yang di cuci dalam album.

Ok ok. Lari topik pulak. Untuk membuat bunga yang crepe / tisu ni, korang cuma perlukan beberapa bahan di bawah ni:

Gunting
Kertas Crepe / Tissue
Tali

 Papaglamz gunakan 6 keping tissue
Kalau gunakan kertas crepe, korang kena potong segi empat tepat mengikut saiz yang diingini

 Ok dah siap potong?
Kalau sudah bagus.
Sekarang ni susun kesemua tissue atau kertas crepe yang teleh di potong tu.
Seperti gambar di atas yer

 Sekarang lipat susunan kertas tadi seperti melipat kertas.
Anggaran ukuran lipatan ialah 0.5 CM lebar.
Lipat sampai penghujung kertas tadi.

 Sesudah siap melipatm kita ikat pulak.
Ikat di bahagian tengah-tengah lipatan tadi.
Boleh refer gambar di atas kat mana nak mengikatnya.

 Dah siap ikat?
Jika sudah, Potong di hujung lipatan tadi.
Potong bentuk separa bulat.
Potong di kedua-dua belah seperti gambar di atas.

 Kembangkan lipatan kipas tadi seperti gambar di atas.
Dah nampak kan rupa bentuk bunga yang akan kita buat ni?
Hehehe

  Ok sekarang masuk step yang tricky sikit.
Kan tadi kita tindih-tindih kertas tadi kan?
Jadi, sekarang, kita akan kembangkan helain tadi satu demi satu.

Permulaan, tarik helaian pertama kertas ke bahagian atas perlahan-lahan.
Kena berhati-hati takut kertas koyak.
Habiskan menarik helaian pertama sampai habis

Setelah siap helian pertama, tarik pula helian kedua.
Proses ini berulang sehingga habis kesemua 6 helian itu.

 Gambar di atas adalah contoh kesemua enam helaian di bahagian kiri telah di tarik.
Kita perlu tarik bahagian kanan pulak.

 Inilah hasilnya pabila kesemua tissue tadi telah di tarik
Cantik kan?
Unutuk lebih cantik, korangboleh guna kertas yang berwarna-warni

 Papaglamz gunakan bunga tissue ni sebagai salah satu hisan 5S dalam makmal.
Sebab dalam makmal sangat banyak tissue.
Save budget disitu. 
Muahaha

Gambar di atas ni rngkasan langkah demi langkah untuk membuat bunga ni.
Selamat mencuba

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com