Selamat Hari Raya Aidilfitri! - Pejam celik, Pejam celik, RAYA...!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri! - Pejam celik, Pejam celik, RAYA...!!!

 Weh, pejam celik pejam celik, dah sampai kita ke Syawal! Hari ni, 31 Mac 2024, kita officially sambut Hari Raya Aidilfitri. Rasa macam baru je Ramadan mula, tetiba dah raya. Time flies betul!

So, macam mana raya korang? Dah makan berapa ketupat? Kuih raya dah habis separuh ke sebelum tetamu datang? Hehe. Aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kat korang semua. Kalau ada tersalah taip, terkomen lebih-lebih, atau gurau kasar, aku mintak maaf ye. Raya ni kan masa untuk kita bersihkan hati, lapangkan fikiran, dan kasi reset balik hubungan dengan semua orang.

Raya tahun ni korang balik kampung ke? Aku harap siapa yang dapat balik kampung tu enjoy lah puas-puas. Peluk mak ayah lama-lama, borak sampai pagi dengan adik-beradik, ziarah saudara-mara yang lama tak jumpa. Yang tak dapat balik tu, jangan sedih sangat, yang penting kita tetap boleh sambut dengan penuh makna. Video call pun jadi lah, janji silaturahim tetap terjaga.

Paling penting, jangan lupa satu benda—makan! Lemang, rendang, kuah kacang, kuih tart, kuih semperit—aduh, perut aku dah start bunyi ni! Tapi berpada-pada lah ye, nanti lepas raya menangis tengok berat badan naik. Haha.

Apa pun, aku doakan raya kali ni bawak lebih banyak kebahagiaan, keberkatan, dan ketenangan dalam hidup kita semua. Semoga kita dapat terus jadi insan yang lebih baik lepas Ramadan ni.

Selamat Hari Raya! ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ Maaf Zahir & Batin!

Gambar raya nanti aku share banyak-banyak kat entri lain.

Enjoy...!!!

Buka Puasa di Masjid: Nostalgia Berbuka Dalam Talam, Ukhuwah & Berkat Ramadan

Buka Puasa di Masjid: Nostalgia Berbuka Dalam Talam, Ukhuwah & Berkat Ramadan

Diam tak diam, dah nak raya! Suasana makin meriah, dan satu persatu kawan sekerja dah mula bercuti balik kampung. Aku? Masih setia di pejabat. Tabah je lah.

Tapi ada satu benda yang buat Ramadan aku tahun ni lebih bermakna – buka puasa di Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Kotasas. Aku dah berbuka kat sini hampir 10 kali! Setiap hujung minggu, kaki ni automatik je melangkah ke sana. Apa yang best sangat?


Makan Dalam Talam – Nostalgia & Ukhuwah

Yang paling unik di masjid ni, makan dalam talam! Susunan talam-talam besar, setiap satu cukup untuk 4-5 orang. Memang jarang jumpa pengalaman macam ni zaman sekarang. Bukan setakat menjimatkan ruang, tapi juga membina ukhuwah. Duduk, kongsi makanan, borak santai – terasa betul kemesraannya.

Seawal 6 petang, orang dah mula beratur untuk ambil makanan. Lauk memang padu – ada nasi, lauk berkuah, sayur, kurma, dan buah. Kadang-kadang ada kuih tambahan. Makanan cukup untuk semua, tak kira awal atau lewat datang.

Lebih Dari Sekadar Berbuka

Bukan sekadar makan, masjid ni ada pengisian rohani yang buat hati rasa tenang. Setiap kali datang, mesti ada program seperti:

✅ Pemeriksaan kesihatan percuma (sempat check BP aku, alhamdulillah normal)

✅ Bacaan Al-Quran berjemaah

✅ Tazkirah ringkas yang menyentuh hati

✅ Tahlil untuk ahli keluarga yang telah pergi

Lepas berbuka, terus sambung solat Maghrib, kemudian Isyak dan Tarawih berjemaah. Lengkap pakej! Rasa Ramadan tu betul-betul hidup – bukan sekadar berbuka, tapi dapat pahala berjemaah dan mengeratkan silaturahim.

Tahniah & Terima Kasih AJK Masjid

Serius, aku salute AJK Masjid Al-Imam Ash-Shafie ni. Usaha mereka menyediakan program sebegini memang patut diberi penghargaan. Bukan mudah nak handle crowd ramai setiap hari, tapi mereka berjaya buat dengan lancar dan teratur. Syabas!

Sekarang, tinggal beberapa hari je lagi sebelum Ramadan berakhir. Mungkin aku sempat berbuka sekali dua lagi di sini sebelum balik kampung. Apa pun, pengalaman berbuka puasa di masjid ni akan jadi kenangan paling bermakna Ramadan tahun ini.

Ada sesiapa lagi yang suka berbuka di masjid? Kongsilah pengalaman korang!

Enjoy...!!! 

Potluck Iftar: Makan Sampai Kenyang, Main Sampai Letih!

Potluck Iftar: Makan Sampai Kenyang, Main Sampai Letih!

Dua minggu lepas, kawan-kawan tempat kerja aku cadang nak buat potluck sambil berbuka puasa. Masing-masing excited nak bawa makanan ikut citarasa sendiri. Aku, dengan penuh kebanggaan, pilih untuk bawa nasi ambeng – makanan legend yang confirm boleh buat orang kenyang sampai sahur!

Seharian aku dan isteri ‘bersilat’ di dapur menyiapkan nasi ambeng. Dari pagi sampai petang, dapur macam medan perang. Akhirnya, siap juga! Tepat pukul 6 petang, kitorang berkumpul di rumah host. Bila tengok meja makan, terus rasa terharu – ada lasagna, ayam kicap, kuih-muih, sambal goreng, dan macam-macam lagi. Memang betul semangat ‘sharing is caring’!



Makan Sampai Kenyang, Gelak Sampai Pecah Perut

Bila azan Maghrib berkumandang, semua terus serbu meja makan. Riuh rendah suasana, penuh dengan gelak ketawa, puji-memuji makanan masing-masing, dan sesi pertukaran resepi segera. Aku paling bangga bila nasi ambeng aku laku keras! Ada yang siap tapau untuk sahur – memang berbaloi penat memasak tadi.

Malam yang Meriah dengan Mercun & Bunga Api

Malam tu bukan sekadar makan-makan je. Lepas solat Maghrib, tiba-tiba ada idea nak bagi budak-budak happy – operasi mercun dan bunga api pun bermula! Anak-anak seronok berlari sambil pegang bunga api, yang dewasa pun taknak kalah – masing-masing jadi kanak-kanak semula! Suasana jadi lagi meriah dengan cahaya warna-warni dan bunyi letupan kecil yang menghiasi malam Ramadan.

Tepat pukul 10 malam, semua dah mula rasa letih. Ada yang terus balik, ada juga yang dengarnya nak sambung pergi bazar cari baju raya. Aku? Confirm balik terus tidur! Seharian berperang di dapur, tenaga dah habis.

Tapi satu benda yang aku sedar, Ramadan bukan sekadar tentang puasa dan ibadah – ia juga tentang mengeratkan hubungan sesama kita. InsyaAllah, tahun depan kita repeat lagi!

Enjoy...!!!

Program Berbuka Puasa di Masjid An-Nur: Riuh, Meriah, Kenyang!

Program Berbuka Puasa di Masjid An-Nur: Riuh, Meriah, Kenyang!

Setiap kali Ramadan, ada satu acara yang memang wajib ada kat Masjid An-Nur, Taman Dato’ Rashid Salleh—Program Berbuka Puasa Perdana. Aku sebagai salah seorang AJK masjid, memang dah siap siaga dari awal. Tahun ni program jadi lebih istimewa sebab dibuat bersempena dengan malam Nuzul Quran. Gabungan makanan sedap + suasana Ramadan yang syahdu + ukhuwah sesama jiran = resepi keberkatan yang lengkap.

Persiapan: Dapur Masjid Jadi 'Restoran 5 Bintang'

Seawal jam 10 pagi lagi, aku dan geng AJK dah start sibuk kat dapur masjid. Kalau masuk kawasan dapur, jangan harap boleh keluar tanpa bawa bau bawang dan rempah kari. Aku sendiri ambil tugas membantu tukang masak—kadang-kadang tolong kacau lauk dalam kawah.

Tahun ni, menu yang kami sediakan memang padu habis:

Nasi minyak – Berkilat cantik, siap ada kismis dan daun pandan.
Daging kari – Berempah cukup rasa, confirm bertambah nasi.
Gulai kambing – Masak dalam kawah besar, aromanya menggoda iman.
Ayam masak merah – Pedas manis, berkilat seakan baru keluar dari salon.

Dan lain-lain menu tambahan.

Riuh betul dapur masjid. Ada yang sibuk potong bawang sambil mengalirkan air mata keinsafan (atau mungkin sebab bawang tu terlalu power), ada yang jaga kawah gulai dengan penuh fokus, dan ada juga yang kerja bahagian dan macam-macam lagi tugasan yang dilakukan.

Saat Maghrib Menjelang: Momen yang Ditunggu

Bila azan Maghrib berkumandang, semua aktiviti berhenti serta-merta. Aku yang tadi tengah hidang nasi terus duduk bersila. Setiap orang mengambil tamar, meneguk air kosong dulu sebelum menyuap nasi minyak yang dah lama menggoda deria bau.



Suasana waktu berbuka ni memang susah nak digambarkan. Bayangkan, satu dewan masjid penuh dengan jemaah, masing-masing duduk bersila menikmati hidangan bersama. Ada juga yang duduk atas kerusi du bawah kanopi yang disediakan. Aku sempat toleh kiri kanan, tengok wajah-wajah yang tersenyum puas. Ada keluarga yang datang lengkap satu geng, ada pakcik-pakcik yang setia duduk satu kumpulan, dan ada budak-budak kecil yang seronok memilih lauk ayam paling besar.

Lepas Kenyang, Terus Ke Tarawih

Lepas solat Maghrib, jemaah masing-masing mejalankan aktiviti masing-masing. Ada yang second round tengok lauk-lauk berbuka tadi ade lagi ketak, ada juga yang khusyuk mengaji di dalam ruang  solat masjid dan tak kurang juga anak-anak yang riuh bermain diluar masjid.

Malam itu, masjid terasa benar-benar hidup. Dari dapur hingga ke ruang solat, setiap sudut penuh dengan keberkatan. Sebagai AJK, aku rasa puas hati tengok semua berjalan lancar. Penat? Memanglah, tapi bila tengok ramai orang gembira dan sama-sama berkongsi nikmat Ramadan, hilang terus rasa letih.

Harapan aku, semoga program berbuka puasa perdana ini terus menjadi tradisi di Masjid An-Nur. Bukan sekadar tentang makanan, tapi tentang kebersamaan. Dan kalau setiap hari boleh berbuka macam ni, aku sanggup datang awal tiap petang untuk kacau gulai! Hahaha. Gurau. Sebulan sekali cukup la.

Enjoy...!!!

Rewang.. Rewang..

Salam 1 Ramadhan: Bulan yang Dinanti Dah Tiba!

Salam 1 Ramadhan: Bulan yang Dinanti Dah Tiba!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Akhirnya, bulan yang dinanti-nanti dah tiba! Selamat datang, Ramadhan! Bulan penuh keberkatan, bulan di mana pahala berlipat kali ganda, bulan di mana perut pun berehat sekejap (walaupun fikiran asyik fikir nak berbuka dengan apa nanti).

Macam tahun-tahun sebelum ni, aku rasa excited bila masuk Ramadhan. Ada satu vibe yang susah nak explain—rasa tenang, rasa semangat, dan yang paling penting, rasa syukur sebab masih diberi peluang untuk bertemu bulan mulia ni lagi.

Waktu sahur memang mencabar, kan? Mata masih separuh buka, tangan pegang sudu pun macam goyang-goyang, tapi demi keberkatan, kita gagahkan jugak. Bagi yang first time nak cuba sahur dengan kurma dan air kosong je, good luck! Aku pun selalu cakap nak simple je sahur, tapi bila nampak nasi lemak depan mata, lain cerita.

Solat tarawih pun antara benda best bulan Ramadhan. Masjid jadi lebih meriah, ramai kawan-kawan dan jiran-jiran yang mungkin jarang jumpa sebelum ni, semua ada. Yang paling mencabar? Bahagian “mencuri” ruang rehat antara rakaat, especially bila imam baca panjang. Hehe.

Dan tak lupa, bazar Ramadhan! Satu tempat yang boleh buat kita rambang mata, nafsu makan tiba-tiba naik level maksima. Niat asal nak beli satu jenis makanan, tapi bila balik rumah penuh satu meja. Ada yang sama macam aku?

Apa pun, aku doakan Ramadhan kali ni bawa lebih banyak kebaikan dan keberkatan untuk kita semua. Semoga ibadah kita diterima, hati kita lebih tenang, dan kita jadi versi diri yang lebih baik.

Salam 1 Ramadhan! Jom kita manfaatkan bulan ni sebaik mungkin.

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com