Rasa Hari Ini Campur-campur Tapi Syukur

Rasa Hari Ini Campur-campur Tapi Syukur

Hari ni, aku rasa hidup ni macam nasi campur. Macam-macam rasa. Ada yang manis, ada yang masin, ada yang pedas sikit, tapi cukup la untuk buat hati ni kenyang dan rasa bersyukur. Bukan hari yang luar biasa, tapi cukup padat. Dari kerja, hal rumah, anak-anak… Semua ada dalam satu hari yang Allah susun cantik.

Macam biasa, hidup ni memang tak pernah ‘flatline’. Ada masa rasa penat, ada masa rasa nak mengeluh, tapi dalam masa yang sama, aku tahu semua ni adalah rezeki dan moment untuk aku belajar. Ya! segalanya untuk belajar.. Bila tengok balik apa yang dah berlaku hari ni, walaupun ada yang serabut, ada juga banyak benda yang berjalan lancar. Kadang-kadang benda kecil pun cukup untuk buat kita tersenyum sendiri.

Dan antara benda yang paling buat aku senyum hari ni... Aku dah mula kira hari nak balik kampung!

Ya, aku dah ambil cuti seminggu. Tapi, nak boleh ke cuti tu, Allah je yang tahu. Hehehe. Saja amek cuti lama. Kebetulan sama dengan cuti sekolah dan sambung terus dengan cuti raya haji. Lama sangat dah tak balik kampung. Dah rindu suasana rumah mak kat kampung. 

Benda-benda macam ni la yang buat aku rasa bersyukur. Bukan sebab dapat cuti lama je, tapi sebab masih ada tempat untuk balik, masih ada keluarga yang tunggu, dan masih ada ruang dalam hidup ni untuk rasa gembira cara sederhana.

Kadang kita sibuk sangat kejar kerja, sampai terlupa nikmat masa dan kampung halaman. Jadi bila ada peluang macam ni, aku memang tak nak sia-siakan.

Baca juga - 10 Perkara Random Tentang Aku Sekarang

Apapun, walau hari ni rasa macam-macam dan bercampur baur, tapi alhamdulillah, hati rasa penuh. Letih pun ada, tapi dalam letih tu ada tenang. Dan bila fikir yang aku akan balik kampung tak lama lagi… Terus rasa macam separuh beban hilang.

Terima kasih Ya Allah… untuk hari yang biasa, tapi luar biasa dalam cara tersendiri.

Kalau korang pun tengah countdown nak balik kampung, kita geng! Semoga perjalanan kita nanti dipermudahkan dan penuh makna.

Enjoy...!!!


10 Perkara Random Tentang Aku Sekarang

10 Perkara Random Tentang Aku Sekarang

Assalamualaikum & hai semua. Entah macam mana hari ni datang balik rasa nak menulis blog. Dah dekat dua bulan blog ni sunyi sepi. Manalah perginya kerajinan tu pun tak pasti. Tapi harini aku nak buat comeback sikit... dengan satu entri santai iaitu 10 perkara random tentang hidup aku sekarang.

Tak ada topik berat. Tak ada motivasi berapi. Cuma cerita ringan-ringan dari hidup aku yang biasa-biasa. Jom baca kalau rajin.

1. Dah Serasi Duduk Kuantan Walaupun Dah 13 Tahun

Masa mula-mula pindah dulu, ingatkan sekejap. Tapi sekarang, rasa Kuantan ni macam kampung sendiri dah. Pantai, jalan, kedai makan... semua ada nostalgia sendiri.

2. Anak-Anak Makin Besar

Rasa macam baru semalam pegang tangan diaorang hantar ke tadika. Sekarang dah pandai bercakap lawan balik sikit-sikit. Tapi seronok tengok diaorang membesar depan mata.

3. Akaun Maybank Macam Air Sungai

Masuk kejap, lepas tu keluar. Masuk lagi, keluar lagi. Kadang tak sempat rasa 'duduk' duit tu dalam akaun. Tapi syukur la ada rezeki keluar masuk, kan?

4. Masih Kerja di Tempat Sama

Tempat cari rezeki sejak dulu. Ada pahit, ada manis, ada bosan, tapi inilah tempat yang banyak ajar aku tentang kerja dan kehidupan.

5. Dah Lama Tak Balik Kampung

Akhirnya... minggu depan balik kampung sempena raya haji! Serius, excited lain macam. Dah lama tak jumpa mak ayah, bau kampung, makan lauk kampung.

6. Dah Dekat 2 Bulan Tak Tulis Blog

Aku pun tak tahu mana hilangnya semangat tu. Padahal banyak je benda nak cerita. Tapi harapnya dengan entri ni, semangat tu datang balik sikit-sikit.

7. Mood Baca Buku Datang Sekejap-Sekejap

Ada masa aku rasa rajin nak baca buku. Tapi kebanyakan masa buku tu jadi hiasan kat gerobok. Beli semangat, baca tinggal. Tapi aku tak serik beli.

8. Masih Terlalu Bergantung pada Phone

Semua benda dalam phone — kerja, nota, jadual, gambar anak, dan bank. Kadang-kadang scary juga kalau phone hilang, rasa macam hilang separuh hidup!

9. Tengah Rancang Percutian Keluarga (Dalam Kepala Dulu)

Setakat ni, percutian masih dalam angan-angan dulu. Tapi aku dah siap buka Google Maps, survey hotel kat Agoda, kira bajet... tinggal tunggu cuti & rezeki lebih sikit.

10. Aku Rindu Menulis

Ya, aku rindu tulis blog. Rindu type ikut rasa hati, tak perlu formal. Rindu borak dengan pembaca yang entah siapa, tapi rasa macam kawan. Harapnya lepas ni aku rajin sikit.

Itulah dia, 10 perkara random yang berlaku dalam hidup aku sekarang. Tak ada yang luar biasa, tapi semua ni ada nilai tersendiri. Hidup ni bukan tentang kejadian besar je… tapi juga detik-detik kecil yang buat kita senyum bila kenang balik.

Kalau korang pun rasa hidup tengah ‘random’ sekarang, kongsilah jugak. Tak kisah kat blog sendiri ke, media sosial ke… Kadang-kadang menulis tu sendiri pun satu terapi.

Jumpa lagi di entri seterusnya (harapnya tak 2 bulan lagi 😅).

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com