Resepi Ayam Masak Kicap Mudah Tapi Sedap

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah Tapi Sedap

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah Tapi Sedap. Kalau sebelum ni aku kongsikan pada korang semua resepi mudah nasi ayam cara buat step by step, kali ni aku nak kongsi pula satu resepi yang mudah juga. Ayam masak kicap simple-simple je. Ni cerita aku masak untuk dinner. Aku campak-campak bahan yang ade kat dapur je. Bawang merah, putih, halia, bunga lawang dan jugak kayu manis. Tumbuk la memana bahan yang kita nak tumis tu.

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah Tapi Sedap

Resepi Ayam Maak Kicap

  • 7 ketul ayam sederhana besar
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji cili padi
  • Bunga awang, cengkih dan kulit kayu manis secukupnya
  • Serbuk kunyit untuk menggoreng ayam.

Cara-cara memasak


Ok korang ready? Korang sediakan la bawang merah, bawang putih, cili, halia, rempah tumis dan kayu manis. Bawang holand tu untuk hiasan je tau.


Ok sekarang masa untuk menggoreng ayam. Sebelum goreng perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Ikut sesuai rasa la. Kalau korang rasa nak masin sikit, letak la garam lebih. Tapi aku letak sikit je. Yela, nanti kan nak masak kicap letak kicap kan? Kicap dha masin. So, tak yah la letak garam banyak-banyak masa menggoreng. Nanti kemasinan pulak kan. 


Dah sudah goreng ayam, kita tumis bahan-bahan yang kita tumbuk. Aku tumbuk je guna lesung batu sebab kuantiti sikit je kan. Dah siap tumis masukkan ayam yang korang dah goreng then tuang kicap manis. Sesuaikan rasa dan biarkan sekejap atas api. Dah siap. Mudah je kan.

Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!


Resepi Mudah Nasi Ayam Cara Buat Step By Step

Resepi Mudah Nasi Ayam Cara Buat Step By Step

Resepi Mudah Nasi Ayam Cara Buat Step By Step. Aku sekarang ni macam seronok pulak masak memasak ni. Baru-baru ni aku ada buat nasi ayam untuk family aku. Eh.. Eh.. Ok la, sebenarnya dah lama aku masak nasi ayam ni. Cuma tak sempat nak share kat korang semua. Baru-baru ni kawan-kawan aku datang rumah, nasi ayam yang simple ni je la yang aku masak untuk diorang. Mudah je nak masak nasi ayam. Dalam entri ni aku kongsikan kat orang semua cara mudah step by step nak masak nasi ayam. Kalau korang nak cuba, sila la. 

nasi ayam mudah, nasi ayam cina, resepi sambal nasi ayam, resepi nasi ayam madu, resepi nasi ayam sedap giler, nasi ayam berempah, resepi nasi ayam chef wan, nasi ayam kukus,

Bahan-bahan untuk stock ayam

Seekor ayam di potong 14
2 inci halia

Bahan-bahan untuk nasi ayam

7 cawan beras
13 cawan air rebusan ayam
2 Sudu besar marjerin
1/2 Cawan susu cair
1 inci halia
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

Bahan-bahan untuk ayam goreng madu

Seekor ayam yang sudah direbus
4 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap manis
6 sudu besar madu masakan
Garam secukupnya

Bahan-bahan untuk sup ayam

Beerapa ketul bahagian ayam yang tidak di gorang (cth: Kaki, leher, hati, pedal dan sebagainya)
2 inci halia
Sebiji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 sudu besar rempah sup
Kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga secukupnya
Garam secukupnya

Bahan-bahan untuk sambal 

1 biji tomato
2 biji cili padi merah
2 biji cili merah besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
Garam secukupnya

Cara-cara memasak nasi ayam 


nasi ayam mudah, nasi ayam cina, resepi sambal nasi ayam, resepi nasi ayam madu, resepi nasi ayam sedap giler, nasi ayam berempah, resepi nasi ayam chef wan, nasi ayam kukus,

Untuk first step, rebus ayam bersama dengan halia yang di tumbuk. Masa aku buat ni ayam dalam sekor, halia aku guna dalam sebesar 2 ibu jari gitu la. Air dalam 14 cawan mengikut saiz cawan yang aku guna sukat beras.

nasi ayam mudah, nasi ayam cina, resepi sambal nasi ayam, resepi nasi ayam madu, resepi nasi ayam sedap giler, nasi ayam berempah, resepi nasi ayam chef wan, nasi ayam kukus,

Ok, sementara ayam tengah kita rebus, jom kita prepara untuk nasi ayam kita pulak. Untuk nasi ayam ni aku buat 7 cawan. Memula kita sangan beras dengan 2 sudu besar marjerin. Korang sangan la sampai sebati semuanya.


Bila beras korang dah siap sangan dan ayam dah siap rebus, masukkan pulak air rebusan ayam ke dalam periuk yang berisi beras. Kiraan aku, 7 cawan beras, so air rebusan ayam yang aku guna 14 cawan. Dahtu, masukkan pulak setengah cawan susu cair. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Kalau korang nak tambah sikit kiub ayam pon boleh. Laaaagiiiii seedaaappp..!!! Tapi aku tak suka sangat. X sihat.


Ok ni pulak rempah untuk perap ayam yang dh direbus sebelum kita goreng. Untuk rempah perap ni aku guna Sos tiram, kunyit sikit, garam dan gula. Sepatutnya len guna madu. Tapi madu tak ada. So aku gunakan gula je la. Menjadi jugak la.


Haaa ni la dia. Ayam goreng gula. Bukan madu tau.!! Tapi rasa boleh tahan yee. Cuba la..


Haa ni pulak bahan untuk kuah sup. Aku guna bawang merah, bawang putih, rempah tukis, halia, serai dan ayam yang nak kita nak guna untuk buat sup. Nak msak pun mudah je. Semua bahan tumis kita tumbuk. Tumis semua bahan, masukkan ayam, masukkan air dan kalau korang nak masukkan sup bunjut pon ok jugak.


Ni la rupanya sup yang aku buat. Sup kosong je. 


Ni pulak bahan2 untuk buat sambal merah. Cili besar, cili kecil, Tomato, halia dan bawang putih. Blender semua bahan2 ni. Sesuaikan rasa dengan gula dan garam.

Haa macam mana? Macam mudah je kan nak buat? AKu masa mula-mula nak buat rasa terkial-kial juga. Tapi bila dah buat banyak kali, jadi mudah je. Pejam mata pun boleh buat tau. Hehehe. Ok la, selamat mencuba. Jangan cuba share pada yang lain juga.

With Love
Papaglamz

-sekian-


Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Jualan Produk Kecantikan Kesihatan Original Secara Online di HCube Shop

Jualan Produk Kecantikan Kesihatan Original Secara Online di HCube Shop

Jualan Produk Kecantikan Kesihatan Original Secara Online di HCube Shop. Korang perasan tak zaman sekarang ni sangat banyak produk kecantikan kesihatan yang ada di pasaran? Setiap produk yang original ini sudah pasti mempunyai kelebihan dan kebaikan tersendiri buat mereka yang istiqamah mengamalkannya. Sejajar dengan perkembangan teknologi kini, ramai jugak usahawan-usahawan diluar sana yang menjual produk kecantikan kesihatan yang terbaik mereka secara online atau atas talian. Kemudahan jualan online ini sudah pasti akan memberikan kemudahan kepada pembeli untuk membeli produk-produk ini. 

Jualan Produk Kecantikan Kesihatan Original Secara Online di HCube Shop

Baru-baru ni aku terjumpa satu blog yang menjual produk kecantikan kesihatan terbaik dan original secara online.  HCube Shop merupakan satu kedai online yang menjual barangan kecantikan kesihatan yang terbaik merangkumi pelbagai brand dan kegunaan buat para pembeli atas talian. Yang pasti semua produk-produk ini adalah ORIGINAL

Produk Kecantikan Kesihatan Terbaik di Hcube Shop

Memang banyak pilihan produk kecantikan kesihatan terbaik di Hcube Shope. Penerangan setiap produk dan juga cara untuk membelinya sememangnya amat memudahkan pembeli untuk membeli produk-produk di portal ini secara online. Antara produk-produknya adalah:
Jualan Produk Kecantikan Kesihatan Original Secara Online di HCube Shop

Jualan Produk Kecantikan Kesihatan Original Secara Online di HCube Shop

Sekali lagi aku cakap, di HCube Shop ni semua produknya adalah ORIGINAL dan terbaik. 

Pembelian yang mudah dan cepat

HCube Shop bukan sahaja menawarkan produk-produk berkualiti dan original, malah kedai online ini juga memberikan kemudahakan para pembeli untuk order dengan mudah dan cepat. Dengan penerangan langkah-langkah pembelian yang terperinci sudah pasti akan ianya membuatkan kita sebagai pembeli akan lebih yakin untuk berurus niaga dengan pihak HCube Shop. Macam biasa la kalau nak produk sampai cepat, kena la order cepat kan? Jangan lambat-lambat pulak. Nanti tertinggal proses pengeposan pulak. 


Untuk pengetahuan semua, HCube Shop menggunakan khidmat Pos Laju untuk menghantar semua produk kepada pelanggan mereka. Insyallah barang yang kita beli tu nanti selamat sampai pada kita.

Testimoni keberkesanan produk di Hcube Shop

Hcube Shop juga menyediakan kepada pelanggan mereka testimoni atau feedback dari pelanggan-pelanggan sebelum ini bagi membantu pembeli-pembeli baru untuk menilai sendiri keberkesanan setiap produk yang dijual di kedai online ini. Sudah tentu pengalaman-pengalaman pembeli produk kecantikan kesihatan sebelum ini mampu membantu anda membuat perbandingan dari segi keberkesanan dan juga harga. Tetimoni pelanggan HCube Shop <Klik Disini>

Baiklah, bagi korang yang ingin mencuba produk kecantikan kesihatan di Hcube Shop secara online, ataupun untuk tempahan segera, boleh la hubungi:

Wassap: 017-3664440

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com