Foodsglamz l#l Jeruk Pelam Asam

Foodsglamz l#l Jeruk Pelam Asam


Assalamualaikum


Kebelakangan ni sangat viral pasal jeruk pelam asam boi kan? ALHAMDULILLAH rezeki Allah Papaglamz dapat merasa. Ade member bawak ke tempat kerja. Seeeedaaaappp.. Korang nak rase? Papaglamz belanje gambar je la yer. Hehehe

Btw, mudah je nak buat. Ni resepi dari Mak Papaglamz la. For the first, sediakan bahan2 macam kat bawah ni..

-Pelam @ mangga x muda sangat, x masak sangat.
-Gula
-Asam @ serbuk asam
-Cili merah

Cara nak buat plak macam ni..

Potong2 pelam tu ikut sesedap hati korang. Pastu korang campur kan semua bahan2. Cili tu potong2 la. Adjust rasa. Dan, siap....!!! Boleh di mkan terus atau peram dulu selama beberapa jam. Gerenti sodap.


Sedap memang sedap. Tapi pesanan Papaglamz jangan makan terlalu banyak, very the dangerous kat perut n usus kite. Senang cakap x elok untuk kesihatan la gituu..

Lagi satu sebelum makan tu bacalah BISMILLAILHIRRAHMANIRRAHIM sekurang-kurangnya. Insyallah makanan yang kita makan tu penuh dengan barkah dari Allah S.W.T insyallah.

-sekian-
Tipsglamz l#l Mati itu pasti

Tipsglamz l#l Mati itu pasti


Assalamualaikum

Salam jumaat buat semua



Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Surah Al-Munaafiquun, ayat 11)

Bersamalah kita insafi diri.

Papaglamz doakan semoga semua sehat serta berada di bwah lindungan Allah taala. Insyallah.

-sekian-
Semasa l#l Piala Malaysia 2014 milik siapa?

Semasa l#l Piala Malaysia 2014 milik siapa?

Assalamualaikum



Semua orang pasti merasai kehangatan Piala Malaysia 2014 ni kn? Papaglamz pn ofcos la. Papaglamz x la mengikuti sangat match semua team. Tapi kalau tertengok kat tv tu, Papaglamz layanzzz jer la.

Ternyata final kali ni pasti menarik. Perlawanan antara juara tahun lpas Pahang dan Johor. Masing2 ade kekuatan masing2. Good luck kepada kedua2 team semoga wat yang terbaek.

Papaglamz x pegi stadium ke? Owhhhh tidaaaakk.. Cukup la sekadar menonton di rumah bersama keluarga. Kalau x pon, ajak wife n anak Papaglamz g candle light dinner yang ad pasang live kt tv.. Dua dalam satu gitu kan? Keseronokan dapat, membahagiakan family pn dapat. Hehehe.

Papepn kite tunggu esok. Jangan lupe. Sape yang dah beli tiket ke SNBJ tu hati2. Jangan lupe solat. Seronok, seronok jugak kn. Kewajipan tetap kene tunaikan.

Majulah sukan untuk negara...

PAPAGLAMZ ORANG JOHOR. SOKONG MANA?
KUE MIKIRIN DEWEK YO..

Apa kata anda?

-sekian-
Tipsglamz l#l Doakan kedua ibu dan bapa kita

Tipsglamz l#l Doakan kedua ibu dan bapa kita

Assalamualaikum..



Selamat pagi Papaglamz ucapkan pada semua. Papaglamz doakan agar semua berada di bawah lindungan rahmat Allah. Insyallah. Saling menasihati antara kita okay. Jangan lupa berdoa. Kerana doa itu la senjata bagi umat islam. Dalam doa tu jangan lupa doakan kedua ibu dan bapa kita. Kerana mereka telah banyak berkorban untuk kite. Sememangnya tidak terbalas jasa mereka. Semoga kita sentiasa beristiqamah untuk berbakti kepada kedua orang tua kita. Insyallah. Aamiin.

MARI MENCARI KELUARGA BAHAGIA KUNCI UNTUK KE SYURGA

-sekian-
Tinta Papaglamz l#l Kesabaran dalam memberi kemaafan.

Tinta Papaglamz l#l Kesabaran dalam memberi kemaafan.

Assalamualaikum...

Perkara paling susah untuk kita buat ialah memaafkn seseorang time kite ni tengah marah. Betul x? Papaglamz pun kekadang macam tu jugak. Itu la reality manusia yang ada nafsu dan akal. Kekadang iman kita berada di puncak, tapi ada kalanya juga iman kita di bawah. Papaglamz doa kan semoga Papaglamz dpat la maintainkan iman ini. Semoga Allah tetap iman Papaglamz. Aamiin. Nuat semua pembaca juga. Doa tau jangan tak doa. hehe



Marah, dendam, sakit hati, bergaduh dan seangkatan denganya itu la virus yang sangatlah bahaya dalam diri kita. Sebab ape? Sebabnya semua tu adalah hasutan syaitan.

Namun, virus yang bahaya ni ade ubat yang sangst mujarab kita boleh gunakan. Nak tau apa die? Moh Papaglamz habak mai. Tentunyalah MAAF @ SORRY. Betul x? Dengan memaakn seseoranglah hati kita ini akan tenang. Insyallah. Macam dalam quran pun ade Allah firman maksudnya:

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang- orang yang sabar. " ( An-Nahl : 126 )

Faham tak? Kita lebih di sarankn untuk bersabar dan memaafkn kesalahan orang. Dengan ini insyallah kehidupan kita akan lebih harmoni dan aman. Lagi2 la hidup suami isteri. Dua jiwa yang berbeza hendak menjadi satu. Hidup bersama sampai la jujung nyawa. Ade rezeki insyallah kekal sampai ke syurga. Insyallah.

Memang Papaglamz setuju sangat2 dalam hidup berumah tangga, kita haruslah sentiasa meminta dan memberi kemaafan. Ingat bukan nak mintak maaf time hari raya je tau. Papaglamz bukan ape, sebab Papaglamz dah melalui okay. Yela sedangkan lidah lagikn tergigit ikan pula suami isteri kan?

Pengalaman Papaglamz, kalau ade sesuatu yang x puas hati ngan istri Papaglamz tu, rasa nak duduk pn x senang, ke sana ke sini pun x senang. Tapi, bila dah minta maaf tu, MASYALLAH ketenangan yang tuhan je la tahu dal hati ini. Tp yang bestnye bile dah mintak maaf ni, rasa sayang tu terlbih dah la pulak. Papaglamz cinta isteri ketat2 okay...!!! Huhu. Itu lah kuasa MAAF..

So.... Papaglamz nak mintak maaf pada semua kalau Papaglamz ade buat salah pada semua..

SEMOGA ANDA SEMUA MENEMUI SYURGA RUMAH TANGGA YANG DI IDAMKAN.




Tinta Papaglamz l#l Salam perkenalan

Tinta Papaglamz l#l Salam perkenalan

Assalamualaikum..



Selamat datang ke Papaglamz.com yang bakal glamer satu hari nanti insyallah. Papaglamz create blog ni untuk sharing2 kat semua mahablogerz yang hebat2 n semua la pengguna alam maya ni.. Sebagai newbies for sure la kan mesti byk punya la kekurangan n ketidaksenangan dari tulisan n kata2 Papaglamz dlam blog ni yang boleh menyebab termenanah telinga n mata bila membaca. Jari sepuluh Papaglamz susun mintak maaf banyak2.

Nantikan celoteh2 menarik dari Papaglamz.com okayy...!!!

-sekian-
Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com